Masyuk

Isnin, 23 April 2012

Tolong Vote Saya - Terima Kasih



Salam semua,
Aku nak mintak jasa baik tlg vote blog aku di http://mitbca.com/category.php?id=10 cari blog http://www.daydeck86.com aku saja-saja jer nak join event ni mana tau bleh menang ker manalah tau blog picisan ni ter calon pulak ker, rezeki mana tau kan tapi korang kena log in via facebook dulu tau. TQ SO MUCH

Khamis, 12 April 2012

Satay Pak Abu - Sedia Terima Tempahan




Salam semua,
Sekarang aku setiap malam insyaallah aku akan menjadi pembantu di gerai Satay Pak Abu di Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. Hampir 2 minggu juga kami berniaga di situ. Setakat ini kami cuma menjual satay daging, satay ayam dengan harga cuma RM0.60 secucuk manakala untuk nasi impit cuma RM0.50 sahaja. Tapi kami cuma jual untuk dibawa pulang saje coz xda meja untuk makan situ kalau nak pun makan di warung belakang tu lepas tu order satay di kami. Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan satay dari kami dan kebanyakkannya pelanggan yang datang buat kali kedua dan seterusnya. Kami juga bersedia menerima tempahan yang banyak sekiranya anda ingin membuat majlis hari lahir dan sebagainya.  Insyaalah satu hari nanti mana tau rezeki kami macam burger kaw kaw yang popular tu pulak ke rezeki kita Allah S.W.T. yang tentukan. 


Waktu mula-mula mencuba membakar satay dirumah.


 Boleh packing macam ni untuk tempahan ditempat kerja mungkin tapi harga kena runding dulu la sebab coz bekas tu kena kira juga.



Sekiranya korang teringin merasa satay pak abu sila tengok map kat atas tu dekat area balai polis wangsa maju seksyen 1 tu jer kat depan kedai kodak.




p/s - Alhamdulillah rezeki malam ini start berniaga jam 6 petang sampai jam 8.30 malam tadi kami abis menjual hampir 500 cucuk satay. lagipun tak ada tempat nak simpan satay tu kalau buat banyak-banyak nak kena tunggu freezer sampai dari kampung pulak.

Rabu, 11 April 2012

Kilauan Emas 2012



Salam semua,
Kepada semua yang berumur 40 tahun keatas yang berminat didalam bidang nyanyian tidak salah untuk mencuba nasib di rancangan Kilauan Emas  2012 yang bakal menemui peminatnya tidak lama lagi untuk info lanjut sila baca dibawah ini:-





Konsep Rancangan
1. Had umur diturunkan kepada 40 tahun ke atas (berbanding 45 tahun di musim yang pertama).
2. Terbuka kepada penyanyi solo lelaki, solo wanita dan juga kepada pasangan duet.
3. Terbuka kepada peserta dari Malaysia dan Singapura.
4. Sesi ujibakat akan dilakukan di 6 lokasi - Sabah, Sarawak, Johor, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala
Lumpur (berbanding 4 lokasi di musim yang pertama).
5. Juri jemputan yang terdiri daripada barisan artis-artis berpengalaman untuk setiap lokasi ujibakat.
6. Lagu tema Kilauan Emas yang akan dinyanyikan oleh Dato’ Jeffrydin dan Ana Raffali.
7. Separuh Akhir dan Akhir akan disiarkan secara langsung. Para penonton akan diberi peluang untuk
mengundi dan menentukan siapakah yang bakal menjadi juara.
8. Dua nama popular dalam industri muzik iaitu Juliza Adzlizan dan Adnan Abu Hassan akan menjadi
guru vokal pada musim ke dua ini.
9. Kilauan Emas 2 juga akan mengadakan sesi karpet merah pada pentas akhir nanti.
10. Menyediakan artis yang popular di setiap lokasi ujibakat dan Separuh Akhir/Akhir.
11. Terdapat juga kapsul (Klip Kilauan Emas 2) yang akan menyiarkan perkembangan ujibakat di setiap Lokasi   selama 5 minit setiap minggu bermula 11 Mei 2012 (Jumaat - Selasa)


 Jadual dan lokasi ujibakat Kilauan Emas 2012





Terma & Syarat-Syaratnya
1. Peserta lelaki solo, wanita solo dan duet (lelaki/wanita).
2. Berumur 40 tahun ke atas pada tarikh ujibakat dijalankan.
3. Warganegara Malaysia dan Singapura.

Sila bawa:
- 2 keping gambar berukuran 4R: gambar profil paras pinggang
- 2 keping salinan kad pengenalan



Promo Kilauan Emas 2012

 

Suntikan Vaksin H1N1 Di Tempat Kerjaku



Salam semua,
Hari ini tempat kerja aku memberi suntikan Vaksin H1N1 kepada semua pekerja, Semua pekerja diwajibkan mengambil vaksin ini kecuali kepada pekerja yang mempunya alahan dan mempunyai masalah tertentu. Anyway tq to my company (bukan bodek keh) sebab provide benda-benda macam ni sekurang-kurangnya jaga gak kebajikan staff. 



Muka ketakutan plak mamat sorang ni.


Minah ni dah kena cucuk tapi nak bergaya gak ngan mat saleh tu... nak try la tu....ehehhehe


kan dah kenal mamat tu siap tanya nama bagai kat RAPHAEL tu yg berasal dari France.



Antara 3 orang mangsa tikaman.


nak bergaya lagi tu.
nampak sangat dulu aku tak gelap sangatkan berbelang2 tangan aku. puuiiii

Isnin, 9 April 2012

Samsung Smart TV



Salam Semua,
Tak sangka Samsung bakal mengeluarkan SMART TV tidak lama lagi. Hari Sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri preview SAMSUNG SMART TV yang bakal syarikat tersebut keluarkan tidak lama lagi di Hotel Micasa, Jln. Tun Razak, Kuala Lumpur. Kebetulan dekat dengan tempat kerja aku di Menara Icon sebelah jerkan aku pun pergilah event tersebut. Jemputan tersebut aku dapat dari pihak Nuffnang yang memberi peluang kepada blogger picisan macam aku untuk hadir ke penerangan Smart TV tersebut.




Penerangan yang amat teliti dan begitu jelas sekali dari wakil Samsung En. Mitchell Wong (Assistant Manager-Training Trade Marketing).


SMART TV dari Samsung ni memang TERBAEK aku katakan sebabnya pelbagai aplikasi yang terdapat di SMART TV ini termasuk melayari internet dengan mudah.  Selain itu korang juga boleh berinteraksi dengan SMART TV tersebut cuma perlu cakap HYE TV sahaja korang boleh terus berinteraksi dengan SMART TV tersebut. rasanya  syarikat lain belum ada lagi kepakaran membuat SMART TV seperti produk yang dikeluarkan oleh syarikat SAMSUNG ini. Pelbagai aplikasi yang boleh di akses oleh sesiapa yang memiliki SMART TV ini dan ini boleh menjimatkan anda.




Cuba korang bayangkan kalau korang mempunyai SMART TV yang best macam ni agak-agaknya korang keluar rumah tak kalau aku memang terperap dekat rumah jer melayan SMART TV cambest ni nak lagi best kalau korang layan SMART TV ni dekat dalam bilik sensorang senangkan jimat ruang, masa dan wang juga ni wey.



Kalau ada SMART TV ni dah tak payah susah-susah nak ambil gambar ramai-ramai macam ni cuma dengan menggunakan tangan juga kita boleh akses ke aplikasi yang kita mahukan.



2 jenis berbeza cermin mata 3D yang memberi keselesaan kepada pemakai ketika menonton SMART TV tersebut.



  
 Selain itu korang boleh create security untuk SMART TV tersebut dimana wajah korang sebagai katalaluan untuk SMART TV tersebut.



 
Antara blogger yang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.




Sewaktu ditemu ramah oleh wakil dari Samsung aku selamba jer jawab dan bahasa melayu ada aku kesah yang penting bahasa jiwa bangsa.



Aksi berlakon iklan dari para blogger's aku tak buat pun aku ni jenis segan biar buat kerja jangan suruh aku bercakap nak nak ada orang ramai dan depan camera memang idak la aku nak melayankan.

Ahad, 8 April 2012

Resepi Puding Caramel




 


Salam semua,
Dalam orang lain sibuk tengak keputusan Anugerah Berita Harian 2012 secara langsung aku pun sibuk walaupun tak sibuk mana buat puding karamel yang diminta oleh along mungkin minah tu mengidam kot aku layankan jer sebab buat benda tu senang jer kan kalau renyah tu memang tak lah aku nak layan buat benda alah ni pergilah beli dekat kedai senang sikit.

Resepi Puding Karamel ni aku cilok dari Kak Ina KL jer senang wey nak buatnya.

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar


Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

 




 
Bahagian tepi tak licinlah mungkin sebab api kuat sangat kot waktu kukus tu tapi blah dalam waktu potong tu memang cantik licin jer.


 Budak demam ni sibuk jer nak godek-godek kuih tu.


Minah ni la ngidam nak makan puding caramel ni gamaknya. makan ko sampai lebam mak enon. 
ahhahahaa